Description
#Sinopsis AKU… SYAFI
Syafi, seorang gadis yang membesar dalam keluarga yang penuh dengan konflik dan salah faham. Dia dibesarkan oleh keluarganya dengan gaya tomboy sejak kecil. Syafi terpaksa berdepan dengan tekanan yang berat dalam hidupnya. Ibunya yang tegas dan ayahnya yang dingin, sering melihatnya sebagai masalah, bukannya anak yang perlu disayangi. Hubungan keluarganya jauh daripada harmoni, dipenuhi ketegangan dan kekerasan yang tidak pernah berakhir. Disebabkan salah faham yang berlarutan berhubung kewujudan Syafi, dia menjadi mangsa dera fizikal dan mental, memendam rasa sakit yang semakin memakan dirinya dari dalam.
Tekanan yang berpanjangan membuatkan Syafi sentiasa berada dalam mod survival, menyembunyikan kesakitan di sebalik topeng keberanian. Namun, jauh di dalam, emosinya semakin parah. Hidupnya berubah apabila dia bertemu Tristan, seorang lelaki yang memberikan Syafi rasa dimengerti. Dengan Tristan, Syafi menemui sedikit kebahagiaan dan tempat untuk bernafas, tetapi Syafi diuji lagi oleh takdir yang tidak dapat dielaknya.
Kesedihan yang mendalam membuka jalan kepada kebenaran yang selama ini cuba dinafikan – dia menghidap social anxiety disorder dan bipolar type II, hakikat maha berat yang terpaksa dilalui seorang diri. Kesedaran ini memaksa Syafi untuk menerima siapa dirinya, walaupun ia sangat pahit dan merupakan perjuangan yang panjang, berliku dan tiada tarikh luput. Dia mula memahami bahawa menerima takdir bukan bermaksud kalah.
Aku… Syafi adalah satu perjalanan hidup menuju kesedaran dan penerimaan diri. Di penghujung kisah, Syafi tampil mengakui keadaannya, menyeru pembaca untuk memahami dan menyokong mereka yang menghidap masalah kesihatan mental seperti dirinya. Meski tidak semua luka dapat sembuh, Syafi percaya bahawa sokongan dan pemahaman mampu menjadi cahaya dalam kegelapan yang menyelubungi setiap jiwa. Syafi, satu watak umum yang ada disekeliling kita tanpa kita sedar; watak yang mengajak pembaca merenung erti harapan dan kekuatan dalam perjuangan hidup.
KLIK VIDEO INI: Aku Syafi_compressed2
Reviews
There are no reviews yet.