Description
#sinopsis KALAU AKU KAYA
Zakuan tak percaya Wardah Sakinah itu gadis naif. Apalagi bila dia terdengar macam mana Wardah berangan nak jadi kaya. Sampai sangguplah nak kahwin dengan orang kaya. Tapi sahabatnya Azam bertegas yang Wardah bukan mata duitan. Geram, Zakuan secara rahsia hadiahkan RM100k kepada Wardah demi nak buktikan siapa Wardah sebenarnya.
Bagai perangkap makan tuan, anak yatim piatu itu mula merancang membina kompleks anak yatim, membesarkan bakeri dan kilang mee ibu ayah angkatnya untuk kelangsungan hidup adik-adik yatimnya supaya tak perlu menagih bantuan sesiapa. Bila tiada langsung yang dibelanjakan untuk dirinya sendiri melainkan sebuah kereta terpakai, Zakuan jadi tercabar dengan prinsip wanita itu.
Amzar Mikail, akauntan muda yang terpikat dengan putihnya hati Wardah, turun padang bersamanya membantu gelandangan. Zakuan mula meluap cemburu. Rakan sepejabat Wardah, Adam, juga tak jemu memikat gadis itu. Akhirnya Zakuan tekad membawa atuk dan nenek merisik si yatim piatu.
Rayyan berdendam dengan Zakuan kerana pernah merampas kebahagiaannya. Dulu, dia berjaya hancurkan rumahtangga Zakuan hingga lelaki itu hidup merana. Bila melihat Wardah Sakinah, dia bukan sahaja jauh hati dengan gadis itu tapi juga mahu menghancurkan Zakuan kali kedua. Demi menyelamatkan Wardah dari Rayyan, Zakuan sanggup melepaskannya kepada Amzar. Namun Rayyan tak mengalah, cekap mengatur helah hingga Wardah jatuh ke tangannya.
Bagaimana kesudahan hidup Wardah yang seperti rollercoaster itu? Dirisik orang lain, bertunang dengan orang lain tapi berkahwin pula dengan orang lain!
Reviews
There are no reviews yet.