Description
#sinopsis MAKNA PADA RASA
Puteri Zulaikha, anak tak sri pantang dilukai. Kerana dendam, lelaki jadi mainan jari. Setelah puas dia dicintai, lelaki-lelaki itu ditinggalkan merana sendiri. Tapi kerana abah, dia terpaksa menikahi Muhamad Nuqman, arkitek bersongkok yang luar biasa, sabar mendidik sambil menggoda! Bila Puteri makin cair dan diri mula derhaka, dia tekad mahu melepaskan diri.
“Eager to leave me, Puteri Zulaikha? Jadi… saya tak layak untuk seorang Puteri Zulaikha! Right?” Dagu Puteri diangkat dengan hujung telunjuknya. Tersentak Puteri dengan soalan itu dan lebih tersentak lagi bila diperlakukan begitu. Pandangan mata mereka bersabung lagi. Saling menikam.
“Beritahu saya, saya ni mangsa awak yang ke berapa?” Puteri ternganga bila Nuqman tiba-tiba berpusing bertanyakan soalan cepumas itu sambil tersenyum ganas.
“Manis kenangan kita di Istanbul, kan? Awak patut jadi pelakon, Zulaikha! Bijak menawan hati lelaki walaupun awak sikit pun tak rasa apa-apa. Naif, nampak jujur bila bercakap. Pandai tarik tali. Tapi kali ni, awak silap memilih mangsa…” Nuqman hanya berbisik di telinganya tetapi cukup membuatkan rama-rama ribut berterbangan dalam perutnya.
“Kali ni, kita tengok siapa yang jadi mangsa. Awak atau saya?” Jarak muka mereka hanya satu inci. Nafas pun berlaga. Hati Puteri bergetar hebat. Bagaimana dia nak lepaskan diri bila hati mula mencintai separuh mati?
Reviews
There are no reviews yet.