Description
#Sinopsis AKU ISTERI MERDEKA
Sudah basah kehujanan pula, Nurul Aathifah diuji selepas tamat belajar dari luar negara. Pemergian ayah tersayang, rumah terjual, rumah sewa pula tertunggak bayarannya dan hutang di kedai runcit berkepuk. Mak sakit-sakit, adiknya Atiq nak ambil SPM. Mereka tak putus ikhtiar, jual nasi lemak bungkus untuk terus hidup.
Arman, anak tuan rumah bukan datang kutip sewa tapi nak hidup bersama. Rumah nak dijadikan hantaran. Tak ke gila namanya? Terdesak, Thifa terpaksa menipu mohon kerja dengan SPM. Akhirnya dapat bekerja di kilang percetakan. Encik Ezhar, bos duda anak dua yang tantrum minta dia jadi pengasuh dan tukang masak juga. Thifa sanggup asalkan halal.
Tiba-tiba tuan rumah mengamuk, campak barang dan halau mereka. Encik Ezhar dalam kekalutan nak menghalang, terlajak isytihar yang Thifa bakal isterinya. Dalam keadaan saling memerlukan, mereka berdua akhirnya sah jadi suami isteri.
Thifa, Ezhar, Naim dan Nuha seronok nak sambut hari kemerdekaan bersama. Tapi Natasha, bekas isteri Ezhar, tiba-tiba datang mengamuk, paksa Thifa cari siapa perempTTe q uan yang bersama Ezhar. Esoknya Ezhar tak pulang semalaman. Natasha pula berhentikan dia dari syarikat itu, ambil Naim dan Nuha darinya. Thifa nanar kehilangan keluarganya di ambang hari kemerdekaan.
Reviews
There are no reviews yet.